Friday, February 18, 2011

Bahaya Social Networking

Sorry folks, lama tak update this blog. Bz buat kerja yang bukan2. Haha..
Social networking seperti twitter dan facebook sebenarnya berbahaya dan bisa mengundang perkara yang negatif seperti perselisihan faham antara rakan yang berada dalam rangkaian yang sama. Contohnya apabila si A memberi komen dan update yang negative didalam laman sosial mereka tentang keburukan atau ketidakpuasan hati kepada seseorang, ianya secara tidak langsung mampu membuatkan seolah2 ungkapan itu ditujukan kepada rakan lain yang turut berada dalam rangkaian yang sama. Mungkin si A menujukan ayat tersebut kepada makcik cleaner yang sengaja cari pasal kerana mencemburui kecantikan si A (cantik ke ngko?), akan tetapi tidakkah rakan2 seperti si B, C, D, dan juga M (jauh betul lari hurufnye) yang turut sama membaca ayat tersebut akan terasa hati seolah2 ayat tersebut ditujukan kepada mereka?. Lebih2 lagi jika sindiran yang dilakukan penuh dengan kiasan walaupun dalam isi hati si A, ianya seperti playsafe dan bersifat general. Rambut sama hitam, hati lain2 sebab kadangkala ada juga orang yang hatinya hitam kerana diselaputi tar dan nikotin dari rokok (maaf perokok tegar, ini adalah iklan dari jabatan kesihatan. Rokok membahayakan nyawa). Yup, walaupun ada yang menganggap perkara ini seperti remeh-temeh dan kecil2 anak namun tidak bagi mereka yang berhati taman. Api yang marak bermula dari sekecil2 nyalaan. Tanpa angin, masakan pokok bergoyang melainkan terdapat monyet yang bergayut di dahan. Dan worst come to worst, pertalian sahabat yang terjalin bisa terjejas dan berakhir dengan sekelip mata. Jadi, senantiasalah berdoa diperkuatkan iman agar dapat kita menjaga tingkahlaku dari melakukan sebarang perkara yang keji dan dibenci orang. Kadangkala rasa macam nak delete je account FB dan twitter kerna bila difikirkan balik, lebih banyak buruknya dari baiknya sehinggakan ada pasangan suami isteri bercerai disebabkan oleh laman sosial ini. Nauzubillahiminzalik!