On the last weekend, saya berkesempatan menonton film ini bersama 2 orang cousin at my favourite cinema (Pavillion). Pada mulanya nak menonton COAS tapi penuh plak panggung. So terpaksa la menonton film alternative dan film Talentime telah dipilih. Ternyata wang RM10 yang dibelanjakan adalah amat berbaloi dibayar memandangkan film keluaran Yasmin Ahmad ini amat best dan superb. Berkemungkinan besar film ini boleh menggondol segala award yang dipertandingkan selepas ini. Filem ini benar-benar mengisahkan tentang Malaysian. Ianya mengisarkan realiti kehidupan masyarakat dari pelbagai kaum di Malaysia (Melayu, Cina & India) dan ianya juga menginginkan semua rakyat supaya dapat menerima dan memahami budaya hidup sesuatu kaum dan bersatu. Ini adalah film yang telah merentasi sempadan kaum. Amat jarang sekali film-film di Malaysia yang mempunyai kualiti dari sudut jalan cerita yang terbaik sebegini. Terdapat unsur-unsur kelakar dan sedih (jangan lupa sediakan tisu). Ini adalah film ketuanan rakyat!. Saya bagi 10 bintang pada film ini. Bravo Yasmin!
Chloe Kelly returns to Arsenal from England duty
12 hours ago
0 comments:
Post a Comment