Wednesday, January 6, 2010

Daging Landak @ Porcupine



Semalam saya berpeluang merasa kelazatan daging landak. Ye landak. Jangan tak percaya. Isinya berbentuk seperti daging lembu tetapi lembut dan kenyal. Cuma ada sebahagian daging landak ini berasa sedikit pahit. Ada pula petua yang mengatakan hempedu landak sangat bagus ditelan begitu sahaja untuk menambah kekuatan tubuh disamping mengekalkan awet muda bagi kaum lelaki. Ramai juga yang kata daging landak ni kalau dimakan, kesannya sama seperti daging kambing, akan terasa panas badan dan pening bagi seseparuh individu. Harga bagi seekor landak seberat 5 kilogram yang telah siap disembelih adalah sekitar RM200. Gambar di atas adalah daging landak yang sudah dimasak sup dan kicap. Sedap sehingga menjilat jari. Kepada sesiapa yang berminat nak mendapatkan daging landak fresh, sila hubungi saya (bergantung kepada stok terhad).

//teringat ada satu geng superbike Malaysia yang sering berkonvoi untuk menikmati masakan landak di sebuah restoran yg terletak di Kg Soeharto Kuala Kubu Baru.

1 comments:

Darth Maul | February 19, 2010 at 1:49 AM  

helo,jom join n visit blog komuniti bola sepak ni di http://fantasifutbol.blogspot.com

Post a Comment

Tu comentario será moderado la primera vez que lo hagas al igual que si incluyes enlaces. A partir de ahi no ser necesario si usas los mismos datos y mantienes la cordura. No se publicarán insultos, difamaciones o faltas de respeto hacia los lectores y comentaristas de este blog.